Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, March 14, 2010

Sathia kecewa berkongsi mata (Sinar Harian)


KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan tidak dapat menyembunyikan kekece-waannya dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, di sini, malam semalam.

Menurutnya, para pemainnya telah bermain dengan begitu baik tetapi jentera serangan yang masih tumpul terus menafikan peluang Kelantan untuk menjaringkan gol.

“Kita mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi semua itu disia-siakan. Saya telah mengadakan latihan khas untuk penyerang setiap kali kita menjalani latihan tetapi ternyata mereka masih gagal menjaringkan gol ketika beraksi,” katanya pada sidang akhbar sejurus perlawanan berakhir.

Menurutnya, pemain perlu mempunyai mental yang kuat dan untuk menyalahkan pemain 100 peratus dalam hal ini tidak boleh sebenarnya.

“Kita kena usaha lagi, bukan setakat dalam latihan bahkan sewaktu perlawanan. Kita perlu implementasi apa yang kita lakukan sewaktu latihan ke dalam perlawanan sebenar.

“Masalah ini yang perlu saya atasi. Sebagai jurulatih, saya hanya mampu tunjuk ajar. Selebih-nya terserah kepada pemain ketika beraksi,” katanya.

Sementara itu, pengendali Se-langor, K Devan berkata, Kelantan bermain begitu baik dan mengu-asai hampir keseluruhan babak perlawanan.

“Dari segi permainan, Kelantan berhak menang pada perlawanan ini dan Selangor bernasib baik hanya bergantung kepada serangan balas dan saya kira memungut satu mata di Kota Bharu sudah memadai,” katanya.

Devan juga turut mengakui jadual perlawanan yang padat pasukan Selangor apabila bermain dalam Piala AFC turut memberi kesan kepada prestasi para pemainnya untuk bermain dengan baik pada perlawanan ini.

Ditanya mengenai sokongan yang ditunjukkan oleh peminat bola sepak Kelantan, Devan turut melahirkan perasaan terujanya dengan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong Kelantan ketika beraksi di Kota Bharu ini.

“Sokongan seperti inilah yang kita perlukan dalam membangunkan bola sepak moden. Saya kira tanpa penyokong, maka bola sepak profesional tidak akan wujud,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...