Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, March 7, 2010

Jangan ghairah sangat: Fergi (Berita Harian)


Wayne Rooney

'Rooney tidak harus bermain ketika lutut masih cedera'

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menggesa Wayne Rooney menghentikan 'semangat keterlaluan' untuk beraksi bola sepak selepas memberitahu penyerang itu dia melakukan kesilapan bermain untuk England menentang Mesir.

Ferguson tidak begitu tertarik dengan penjaring terbanyak itu yang bermain 86 minit di Wembley, Rabu lalu - hanya tiga hari selepas mengadu sakit lutut sesudah membantu United memenangi Piala Liga atas padang keras yang sama.

Ferguson menegaskan bahawa dia tidak menyalahkan jurulatih England, Fabio Capello kerana menurunkan Rooney dalam perlawanan pemanas badan Piala Dunia itu.

Sebaliknya, jurulatih berbangsa Scotland itu memfokuskan kekecewaannya kepada Rooney kerana meletakkan kesakitan lututnya dalam risiko tatkala musim United tiba saat genting.

Selain kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), anak buah Ferguson turut mengejar kegemilangan Liga Juara-Juara dan melayan kunjungan AC Milan di Old Trafford, Rabu ini, membawa kelebihan jaringan 3-2 daripada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir.

“Saya sama sekali tidak menyalahkan Fabio, saya lebih kecewa kepada Wayne, saya tidak dapat mempercayainya,” kata Ferguson, yang sudah pun kehilangan Michael Owen kepada kecederaan hamstring bagi keseluruhan musim ini.

“Dia memberitahu kami Ahad lalu dia berasa sakit di bahagian lututnya. Kemudian tiba-tiba orang meletakkan tangan di atas bahunya bersama England dan dia mahu bermain. Saya tidak fikir dia harus bermain. Semangat meluap-luapnya menjadi penyebab. Dia tidak boleh berkata tidak, itu masalah dirinya.” - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...