Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, March 14, 2010

Chelsea kembali tunjuk taring belasah West Ham (Berita Harian)

2010/03/14

LONDON: Bintang Chelsea, Didier Drogba cemerlang menjaring dua gol untuk membantu kelabnya merampas semula status pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada juara bertahan, Manchester United selepas membelasah West Ham 4-1 di Stamford Bridge, malam tadi.

Chelsea yang dihantui masalah kecederaan kedua-dua penjaga gol utama, Petr Cech dan Henrique Hilario terpaksa menggunakan khidmat penjaga gol ketiga, Ross Turnbull tetapi ia tidak mencemaskan barisan Carlo Ancelotti yang pantas melupakan episod kekalahan kepada Manchester City sebelum ini.

The Blues memperoleh gol pertama pada minit ke-16 menerusi tandukan Alex namun bekas pemain Chelsea, Scott Parker menyamakan kedudukan buat West Ham pada minit ke-30 sebelum Drogba meledak gol kedua perlawanan dengan tandukan kemas hasil kemas sepakan sudut Florent Malouda. Malouda kemudian memastikan gol ketiga sebelum Drogba menutup permainan dengan juga gol terakhir dan ke-21 peribadi dalam kempen EPL musim ini, menerusi rembatan cantik kaki kiri yang menewaskan penjaga gol Hammers, Robert Green.

Dalam perlawanan sebelum itu, Tottenham Hotspur mengukuhkan kedudukan di tangga keempat selepas mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Blackburn Rovers untuk menjarakkan kelebihan tiga mata ke atas Manchester City dalam pertembungan awal di White Hart Lane.

Dua jaringan penyerang Russia, Roman Pavlyuchenko membantu Spurs meneruskan pemburuan untuk menempah tiket terakhir ke Liga Juara-Juara musim depan tatkala City memiliki kelebihan kurang dua perlawanan menjelang kunjungan ke Sunderland hari ini.

Penyerang England, Jermain Defoe memberi gol pertama Spurs pada minit pertama masa kecederaan sebelum rehat yang juga gol ke-17 sebelum Pavlyuchenko menambah dua lagi gol pada minit ke-55 dan 85.
Dalam pertembungan lain, Birmingham City terpaksa berkongsi satu mata dengan Everton selepas seri 2-2 manakala Bolton Wanderers menumpaskan Wigan Athletic 4-0. Wolverhampton pula mengatasi Burnley 2-1. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...