Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, February 19, 2010

The Reds membara (Kosmo)




LIVERPOOL - Selepas gagal beraksi pada pusingan kedua kempen Liga Juara-Juara, pengurus Liverpool, Rafael Benitez (gambar) tetap yakin anak-anak buahnya mampu beraksi cemerlang dalam saingan Liga Europa.

Liverpool sepatutnya beraksi dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara minggu ini tetapi mereka tersingkir secara mengejut selepas gagal melepasi peringkat kumpulan.

Awal pagi esok, skuad The Reds akan menanti kunjungan kelab Romania, Unirea Urziceni di Anfield bagi menghadapi aksi pertama pusingan kedua Liga Europa yang sebelum ini dikenali sebagai Piala UEFA.

Ini adalah kali pertama Benitez membimbing Liverpool beraksi pada kempen kelas kedua di pentas Eropah itu sejak dia membantu Valencia memenangi gelaran Piala UEFA 2004.

Kini pengendali dari Sepanyol itu yakin Liverpool berkemampuan untuk melangkah ke saingan final yang akan diadakan di Hamburg, Jerman pada 12 Mei depan.

"Apabila kamu memiliki pengalaman, kamu akan memiliki kelebihan. Jelas sekali, kini saya perlu bertarung untuk gelaran itu (Liga Europa).

"Kami perlu positif dan menjadikan ia memihak kepada kami. Kami memperoleh peluang yang lain (beraksi dalam kempen Liga Europa) dan kami perlu berusaha untuk terus bermain dengan baik," kata Benitez.

Sementara itu, pengurus Everton, David Moyes menganggap peluang pasukannya untuk meneruskan kemaraan dalam tersebut masih terbuka luas.

Terdahulu, skuad kendalian Moyes sekadar mampu mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas kelab Portugal, Sporting Lisbon di Goodison Park.

Everton sepatutnya mencatat keputusan selesa untuk mara dalam kelompok 16 pasukan terbaik selepas memperoleh dua gol awal menerusi jaringan Steven Pienaar dan Sylvain Distin.

Bagaimanapun, Lisbon memperoleh satu gol hasil jaringan Miguel Veloso menerusi sepakan penalti pada minit ke-86.

"Kami seharusnya menang 3-0 tetapi ia tidak berlaku. Kini kami pula menghidupkan pula peluang mereka (Sporting)... inilah bola sepak," kata Moyes. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...