Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 24, 2010

Aksi Melaka hambar (Kosmo)



KRUBONG - Walaupun bermula dengan aksi memberangsangkan pada permulaan musim, persembahan pasukan Liga Perdana Melaka sejak kebelakangan ini hambar dan mengecewakan.

Inilah pengakuan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa), Karim Yaakob, apabila ditanya mengenai mutu persembahan Melaka tidak menentu itu.

Menurutnya, dia menemui Pengurus Pasukan Melaka untuk mengetahui masalah dihadapi pemain sehingga mutu persembahan mereka terjejas.

Karim berkata, umur pemain berusia di bawah 23 tahun tidak boleh dijadikan sebagai alasan kerana mereka sudah lama bermain sebagai sebuah pasukan.

“Pada permulaan musim, mereka nampak bagus, ada menang dan ada seri. Tetapi kebelakangan ini, mereka asyik tewas sahaja. Inilah yang mengecewakan saya,” katanya.

Menurutnya, walaupun pasukan Melaka tidak menyasarkan kedudukan tinggi dalam saingan Liga Perdana musim ini, menduduki kelompok enam teratas dalam liga sudah memadai.

“Memang saya tidak nafikan kita tidak menyasarkan kedudukan tinggi. Cuma saya mahu mereka memberi yang terbaik supaya kita boleh menamatkan saingan dalam kelompok enam teratas,” katanya.

Ditanya mengenai kerapuhan jentera serangan pasukan Melaka, Karim menyuarakan persetujuannya bahawa bahagian hadapan adalah kelemahan pasukan Melaka.

Menurutnya, walaupun Melaka dapat mengawal rentak permainan, kegagalan pemain hadapan menyempurnakan peluang banyak menyebabkan pasukan berputih mata.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...