Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 16, 2010

Red Warriors hormati kemampuan Perlis (Utusan Malaysia)

KOTA BHARU - Kelantan yang mula bertemu rentak dengan kemenangan pertama, melihat bukan mudah untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Kangar ketika turun menentang tuan rumah dalam perlawanan Liga Super, malam ini.

Jurulatih, B. Sathianathan bagaimana tetap yakin, namun mengingatkan buahnya berhati-hati ketika Perlis turut disuntik semangat baru selepas menewaskan Kedah di Alor Setar, Selasa lalu dan percaya perlawanan pastinya sengit.

Baginya, Kelantan tidak akan berdepan laluan mudah untuk menundukkan Singa Utara itu bagi mengumpulkan kemenangan kedua dan skuad Kijang tidak harus kehilangan fokus seperti yang ditunjukkan ketika menewaskan Johor.

"Kita pernah menewaskan Perlis pada separuh akhir Piala Malaysia lalu tetapi seperti juga kita, mereka juga sebuah pasukan yang berbeza sekarang," katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, skuad Kijang perlu bersedia dari segi mental terutama ketika berdepan dengan penyokong tuan rumah yang pastinya akan membanjiri stadium.

Katanya, memandang rendah kemampuan lawan merupakan 'jerat' yang sentiasa menanti untuk memakan diri dan akan merugikan diri.

"Sebagai pemain, anda perlu bekerja keras untuk bersinar dan tiada jalan mudah untuk itu selain anda berusaha dan terus konsisten ketika turun beraksi.

"Saya berpuas hati dengan keupayaan pemain ketika ini terutama barisan pertahanan kerana ketika ini kita adalah satu-satunya pasukan yang belum dibolosi dan ia perlu dikekalkan," ujarnya.

Beliau turut menamakan dua pemain Perlis, Azrul Ahmad dan Ahmad Fakri Saarani sebagai pemain yang mampu menghampakan Kelantan

Jelasnya, Kelantan masih belum mendapatkan khidmat dua pemain tonggak, Norfarhan Mohamad dan Zairul Fitree Ishak yang masih dibelenggu kecederaan.

"Kedua-duanya masih belum boleh disenaraikan kerana kecederaan dan apa yang lebih positif adalah semua pemain berusaha untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

"Akmal Rizal Rakhli dan Hairuddin Omar nampaknya selesa bersama tetapi masih perlukan sedikit masa untuk lebih serasi," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...