Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 14, 2010

Liga Super 2010

Badri Radzi

Kedah tewas, Johor FC ikat Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR - Kedah mensia-siakan peluang untuk merampas semula teraju carta persaingan bola sepak Liga Super musim 2010 apabila tersungkur kepada Perlis 0-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Malah, anak buah Ahmad Yusof itu masih tumpas akibat gol tunggal Azrul Ahmad pada minit ke-17 yang menanduk masuk biarpun pelawat terpaksa bermain dengan 10 orang selama 70 minit.

Ia gara-gara Singa Utara kehilangan Badrul Azam Zamri yang menerima dua kad kuning setelah mengasari sayap kanan Sang Kenari, Baddrol Bakhtiar dan menendang bola keluar sesuka hati.

Juara Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan pula hanya terselamat dengan jaringan penyamaan Norizam Salaman untuk mengikat Johor FC 1-1 dan mencuri satu mata dari Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Wan Rohaimi Wan Ismail meletakkan tuan rumah menghampiri tiga mata dan peluang menyaingi Selangor di teraju liga dengan gol minit ke-75 setelah menanduk sepakan sudut dari sebelah kiri oleh Khairul Ismail.

Namun, jurulatih pelawat, Wan Jamak Wan Hassan khususnya tetap menarik nafas lega apabila Norizam, bekas pemain Johor yang berhijrah ke Negeri Sembilan musim ini, menyumbat rembatan rendah pada minit ke-83.

Sementara itu, di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Kelantan yang diterajui B. Sathianathan kembali mengorak langkah meyakinkan dengan membenam Johor 3-0 sekali gus melonjak ke tangga kedua Liga Super.

Akmal Rizal Ahmad Rakhli membuka pesta kejayaan Wira Merah dengan rembatan masuk minit seawal minit ketiga, diikuti voli Badri Radzi dari luar kotak (47) dan disudahi tandukan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin (49).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena