Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 23, 2010

Kelantan panggil semula Halim (Berita Harian)

Kelantan panggil semula Halim

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my

PENJAGA gol veteran, Halim Napi dipanggil semula oleh pasukan Kelantan, selepas kali terakhir beraksi di final Piala Malaysia November lalu, dan bakal diturunkan apabila menentang Johor FC malam ini.

Pemain berusia 38 tahun yang mewarnai liga tempatan dengan aksinya di dalam dan luar padang, disenaraikan semula oleh Red Warriors selepas pengurusan mengambil keputusan merehatkan Syed Adney Syed Hussein atas persembahan kurang meyakinkan dalam kekalahan 0-1 kepada Kedah.

Sebelum ini, Halim disenaraikan sebagai jurulatih penjaga gol dan keputusan terbaru itu menyaksikan Kelantan memiliki empat penjaga gol termasuk Mohd Shahrizan Ismail dan Khairul Fahmi Che Mat. Tugas Halim pula kini diambil alih penolongnya, Hamid Ramli.

"Keputusan ini tidak bermakna jurulatih, (B) Sathianathan akan menurunkannya bagi perlawanan esok (hari ini).

"Semua ini terserah kepada jurulatih tetapi besar kemungkinan dia akan diturunkan menentang Johor FC. Ini juga tidak bermakna Syed Adney digugurkan, cuma kami memiliki skuad yang besar dan boleh menukar pemain apabila mereka tidak berada pada prestasi terbaik," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Kelantan menyedari mereka pula menampilkan persembahan terbaik apabila menerima kunjungan Johor FC, lawannya yang belum pernah ditewaskan sepanjang 2009.

"Kami akan menurunkan barisan terbaik menentang Johor FC dengan Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Mohamad, Hairuddin Omar dan S Chanturu dijangka mengepalai bahagian serangan.

"Kami sedar betapa sukarnya untuk menewaskan Johor FC kerana tewas dua kali kepada mereka musim lalu," katanya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena