Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 5, 2009

'Kami berhak menang' (Kosmo Online)



RONALDINHO
(kiri) berebut bola dengan pemain Real Madrid,
Sergio Ramos di San Siro kelmarin.


MILAN - Jurulatih Real Madrid, Manuel Pellegrini menjelaskan bahawa pasukannya berhak memenangi pertemuan dengan AC Milan pada aksi Liga Juara-Juara semalam.

Karim Benzema memberi kelebihan buat Real menerusi jaringannya pada minit ke-29.

Namun perancang Milan, Ronaldinho menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti enam minit kemudian untuk menjadikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Pertemuan di San Siro itu mengulangi pertembungan menarik antara kedua-dua pasukan di Santiago Bernabeu dua minggu lalu yang menyaksikan Milan menang 3-1.

Kedua-dua pasukan kini berkongsi tujuh mata dalam saingan Kumpulan C, namun Milan berada di tangga teratas berdasarkan perbezaan jaringan gol.

"Saya mahu cakap tentang betapa bagusnya aksi kami pada babak pertama," kata Pellegrini.

"Pada babak kedua, kami berjaya mengawal bola dengan baik dan apabila perlawanan berakhir, saya boleh katakan yang kami sepatutnya layak memenangi tiga mata di sini."

Jurulatih Milan, Leonardo pula berkata: "Real banyak mencipta peluang pada babak pertama dan banyak memberi kesukaran kepada kami.

"Jika berdasarkan prestasi pada babak pertama, saya rasa Real memang patut menang." - AP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena