Halaman

Sunday, March 7, 2010

Arsenal hampiri Chelsea (Berita Harian)


FABREGAS (tengah) menewaskan penjaga gol Burnley, Brian Jensen dalam saingan EPL di Stdium Emirates, malam tadi.

LONDON: Arsenal mula membuat Chelsea gelisah selepas menewaskan Burnley 3-1, malam tadi untuk menyamakan kedudukan mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Jaringan ketua pasukan, Cesc Fabregas pada minit ke-34, penyerang England, Theo Walcott minit ke-60 dan Andrei Arshavin minit ke-90 sudah memadai buat anak buah Arsene Wenger mengutip 61 mata - pungutan sama dengan Chelsea tetapi menghuni tempat kedua ketika ini di atas perbezaan jaringan.

Sementara itu, gol tunggal Burnley dijaringkan David Nugent minit ke-50.Apapun, kedudukan kedua-dua pasukan ini mungkin berubah andai Manchester United yang sudah menghimpun 60 mata dapat menewaskan Wolves untuk melonjak selaku pendahulu baru liga.

Dalam perlawanan lain, Bolton Wanderers menewaskan West Ham 2-1 dengan jaringan daripada Kevin Davies minit ke-10 dan Jack Wilshere minit ke-16 di Upton Park. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.