Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 3, 2014

T-Team Ikat Dua Pemain Kebangsaan Uzbekistan


KUALA TERENGGANU, 2 Dis (Bernama) -- Pasukan berstatus kelab, T-Team mengikat dua pemain kebangsaan Uzbekistan bagi menghadapi kempen bola sepak Liga Perdana musim depan.

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata mereka adalah penyerang Farhod Tadjiyev dan pemain tengah Sadriddin Abdullaev, masing-masing berusia 28 tahun.

Katanya kontrak pemain tersebut adala selama setahun dan mereka dijangka tiba di negeri ini pada minggu depan dan terus menjalani sesi perkenalan bersama-sama pemain.

"Kita yakin kedua-dua pemain import tersebut akan mencapai keserasian dan membantu T-Team kembali semula ke saingan Liga Super 2016 nanti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Selasa.

Beliau berkata pihaknya masih mencari seorang lagi pemain import sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain import Jumaat ini.

T-Team tersingkir ke Liga Perdana musim depan selepas menamatkan persaingan Liga Super musim ini di kedudukan ke-11.

Dalam pada itu, Mohd Syahrizan berkata hasrat T-Team untuk menggunakan khidmat jurulatih dari Indonesia tidak kesampaian kerana jurulatih terbabit menarik diri.

Dengan perkembangan terbaru ini, katanya T-Team telah beralih arah untuk mencari jurulatih tempatan sahaja.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena