Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, June 3, 2013

Kita Perlu Menteri Yang Berani Dan Tegas Seperti Khairy Jamaluddin - Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa berkata bidang sukan negara memerlukan menteri berkaitan yang berani bersuara dan tegas seperti ditunjukkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, tindakan Menteri Belia dan Sukan yang baharu dilantik itu mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) baru-baru ini adalah selari dengan tanggungjawab beliau.

"Saya yakin pandangan Menteri Belia dan Sukan itu dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima tanpa ditujukan secara langsung kepada mana-mana pihak mahupun individu," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, Isnin.

Pada masa yang sama Annuar yakin FAM bertindak mengikut peraturan dalam menangani isu berkenaan.

Khairy Jamaluddin sebelum ini mempersoalkan tindakan FAM memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PNBP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA membabitkan pasukan Johor DT dan Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu lalu, selepas PNBP gagal menangani aspek keselamatan ketika perlawanan asal di Stadium Darul Makmur, Kuantan empat hari sebelum itu.

Khairy Jamaluddin juga mempersoalkan keputusan FAM memperuntukkan 60,000 tiket kepada Pahang dan 20,000 kepada Johor pada perlawanan ulangan itu.

Kenyataan menteri itu menimbulkan rasa terkilan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM yang bertitah keputusan FAM itu dibuat berlandaskan peraturan.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...