Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 8, 2013

Kleckaroski, Borji tetap jadi taruhan Dollah

Oleh Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my

Menurut bekas pemain kebangsaan itu, dua penyerang dari Macedonia dan Maghribi itu sudah diarah meningkatkan kualiti permainan bagi membantu pasukan meraih kemenangan pada aksi pembuka tirai Liga Super musim ini.
“Kleckaroski dan Borji berjanji membantu mengutip tiga mata berharga biarpun sedar lawan yang dibarisi pemain berkualiti akan berusaha mencatat kemenangan.

“Mereka akan dibantu Alex (Azamuddin Akil) bagi merobek gawang lawan manakala posisi penjaga gol bakal digalas Mohd Nasril Nourdin yang sudah pulih daripada kecederaan bahu.

“Saya harap kesebelasan utama yang disenaraikan dapat memberi saingan terhadap lawan,” katanya.

Mengulas perlawanan malam ini, Dollah berkata, tekanan tidak menghantui pemain sebaliknya Johor Darul Takzim pasti menjadi tumpuan bersandarkan kepada barisan pemain mereka.

Menurutnya, situasi itu memberi kelebihan buat pemainnya untuk melakar kejayaan memandangkan lawan yang dilabel pasukan termahal musim ini berusaha untuk meraih kemenangan.

“Saya harap latihan di Temerloh selama tiga hari lalu dapat dimanfaatkan semua pemain untuk membentuk gandingan mantap.”

--- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...