Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 22, 2013

Barcelona tidak lagi kebal


PIQUE (kiri) yang dilayangkan kad merah dianggap menjadi punca Barcelona tewas buat kali pertama musim ini.


MADRID - Kekalahan pertama Barcelona dalam saingan Liga Sepanyol musim ini membuktikan mereka tidak kebal.

Demikian menurut jurulatih The Catalan, Tito Vilanova selepas mereka tewas mengejut 2-3 kepada Real Sociedad di Stadium Anoeta awal pagi semalam.

Biarpun tewas, The Catalan masih memiliki kelebihan 11 mata di depan pencabar terdekat, Atletico Madrid.
Namun, kekalahan itu tetap membimbangkan peminat Barcelona selepas turut sekadar seri 2-2 dengan Malaga dalam aksi suku akhir pertama Piala Raja Sepanyol minggu lalu.

Justeru, Vilanova berharap supaya kekalahan itu dijadikan iktibar oleh anak-anak buahnya supaya tidak terlalu selesa selepas ini.

"Sudah tentu saya kecewa dengan kekalahan ini, ia membuktikan kami tidak kebal dan apa juga boleh berlaku dalam bola sepak.

"Saingan liga masih panjang, jadi kami perlu kekal fokus kerana masih banyak perlawanan yang sukar selepas ini," kata Vilanova.
Dalam perlawanan itu, Barcelona terlebih dahulu mendahului 2-0 menerusi jaringan Lionel Messi dan Pedro pada babak pertama.
Begitupun, ketiadaan tonggak pertahanan, Gerard Pique yang dilayangkan kad merah pada awal babak kedua dilihat mengundang padah apabila Sociedad kembali menyamakan kedudukan menerusi dua gol jaringan Gonzalo Castro pada minit ke-41 dan ke-62.
Imanol Agirretxe akhirnya muncul wira tuan rumah apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.
Selepas ini, Barcelona kembali berdepan Malaga dalam aksi suku akhir kedua Piala Raja Sepanyol, Jumaat ini.
Dalam pada itu, kapten The Catalan, Carles Puyol berharap peminat tidak panik dengan situasi itu.
"Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan dengan kekalahan pertama ini. Kini, kami perlu mengatasi Malaga dan kembali beraksi dengan sempurna," kata Puyol.
- Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena