Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, July 14, 2012

QPR bertemu Sabah dalam persiapan hadapi musim Liga Premier

14 Julai 2012
Queens Park Rangers (QPR)
Queens Park Rangers (QPR)

KOTA KINABALU - Program Jelajah Asia Queens Park Rangers (QPR) yang bermula dengan perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Sabah di sini pada 17 Julai ini merupakan persiapan berguna bagi pasukan itu, kata ketua pegawai eksekutifnya Philip Beard.

Beliau berkata persiapan itu untuk QPR menghadapi perlawanan pembukaan Liga Premier Inggeris (EPL) musim akan datang dengan menentang Swansea pada 18 Ogos.

"Kami memandang jelajah ini sebagai sesuatu yang amat serius. Namun demikian, kami juga berharap dapat menikmati sedikit sebanyak keseronokan.

"Kami teruja. Kami mempunyai skuad yang sungguh mantap, bukan saja untuk trip ini, tetapi juga untuk musim EPL yang bakal bermula," katanya kepada pemberita sejurus tiba di sini hari ini.

Skuad itu tiba dengan sebuah pesawat AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini.

Sementara itu, timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Sabah Datuk Lawrence Gimbang berkata tiket untuk menyaksikan perlawanan pada 17 Julai itu berharga RM33, RM53 dan RM83.

Selepas Sabah, QPR akan bertemu Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai, sebelum berlepas ke Indonesia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Persebaya Surabaya di Stadium Gelora Bung Tomo pada 23

--- SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...