Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, May 3, 2012

Tekad robek gawang Kelantan


PARA pemain Sime Darby meraikan kejayaan pasukan itu mara ke final Piala FA selepas menyingkirkan
Terengganu kelmarin.


"SAYA mahu beraksi pada final Piala FA dan berazam untuk menggegarkan gawang Kelantan sekiranya diberi peluang."

Demikian respons penyerang Sime Darby FC, Yusof Zainal Abidin selepas membantu pasukan itu mara ke final Piala FA kelmarin.

Skuad kendalian Ismail Zakaria itu melakar sejarah baharu dalam sukan bola sepak tempatan apabila muncul sebagai kelab pertama negara melangkah ke final.

Sime Darby mara selepas seri tanpa jaringan dengan Terengganu pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Perbandaran Selayang kelmarin, sekali gus menyingkirkan juara bertahan itu menerusi agregat 2-1.

Sementara itu, Kelantan menempah slot ke final Piala FA buat kali kedua selepas mencatat keputusan 2-2 dengan Kedah pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin.

Kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 3-3 tetapi Kelantan mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Mengulas lanjut, Yusof membe- ritahu, dia masih memerlukan banyak tunjuk ajar dari rakan sepa- sukan untuk meningkatkan kualiti permainannya.

Katanya, dia berazam untuk memberikan yang terbaik sekira- nya dapat beraksi pada aksi bertemu Kelantan, 19 Mei ini.

"Sudah tentu ia merupakan impian setiap pemain untuk beraksi pada final dan saya lebih teruja selepas kami (Sime Darby) berjaya melakarkan satu sejarah baharu bola sepak tempatan.

"Saya perlu bekerja keras dan belajar untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas ini.

"Begitupun, (peluang) itu bergantung kepada jurulatih untuk menurunkan mana-mana pemain, memandangkan kami memiliki ramai penyerang yang bagus.

"Namun, sekiranya diberi pelu- ang, saya berazam untuk memberikan yang terbaik dan menja- ringkan gol pada aksi menentang Kelantan nanti," katanya kepada Kosmo! semalam.

Ketika ini, Yusof mula menjadi sebutan peminat-peminat Sime Darby apabila mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan dan berjaya menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas.

Pemain berusia 26 tahun yang baru sahaja menyarungkan jersi Sime Darby itu berjaya membantu pasukan tersebut mengekang asakan Terengganu.

Meskipun ketiadaan peledak berbisa, Patrick Ronaldinho Wleh, bekas pemain skuad Piala Presi- den Johor bawah 19 tahun itu berjaya membuktikan kebolehan bersaing dengan corak permainan yang diterapkan jurulatih.

"Sebenarnya, sebelum saya menyertai Sime Darby, saya beraksi dalam Liga Kuala Lumpur (Liga KL) bersama pasukan bola sepak CIMB Bank selama empat tahun.

"Saya akui, mutu antara kedua- dua liga tersebut (Liga KL dan Liga Premier) sangat jauh tetapi ia bukan satu alasan untuk saya buktikan kebolehan diri.

"Saya sudah bersedia (pada aksi pertemuan menentang Kelantan) sama seperti Sime Darby untuk melakarkan satu lagi kejutan," katanya.

--- KOSMO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...