Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, May 21, 2012

Skuad Kelantan diberi sambutan wira


Pemain-pemain Kelantan diarak ke kediaman Annuar di Bukit Marak menaiki sebuah lori khas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, semalam. - UTUSAN/Rosni Masri

KOTA BHARU - Skuad bola sepak Kelantan diberi sambutan wira lebih 2,000 penyokong setia Red Warriors sebaik mereka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, semalam.

Semua pemain dan pegawai pasukan termasuk Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa disambut dengan laungan 'gomo kelate gomo' diiringi paluan gendang menyebabkan bangunan LTSIP menjadi gegak gempita.

Kesemua pemain kemudiannya diarak ke kediaman Annuar di Bukit Marak menaiki sebuah lori The Red Warriors yang dihias khas sambil ratusan kenderaan yang membawa bendera negeri Kelantan mengiringi konvoi tersebut.

Beberapa penyokong setia yang ditemui sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pemain Kelantan atas kejayaan itu.

Mereka juga terharu dengan sumbangan yang diberikan Annuar kepada pasukan meskipun beliau digantung daripada aktiviti bola sepak.

Faizuddin Sulaiman, 24, ketika ditemui berkata, bola sepak merupakan satu-satunya hiburan yang dapat menyatukan rakyat negeri ini justeru kemenangan tersebut memberi kesan yang sangat mendalam kepada setiap individu.

"Alhamdulillah kemenangan ini memang telah ditunggu sejak tiga tahun lalu ketika Kelantan pertama kali berjaya ke perlawanan akhir dan hari ini kami semua berada di sini untuk bersama pasukan.

"Saya berada di sini sejak tengah hari tadi kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat Piala FA secara dekat serta mahu bersalaman dengan semua pemain pasukan," katanya.

Sementara itu, bagi Wan Ahmad Jauzi Mohd. Tahar, 24, beliau berharap kemenangan itu dilihat bukan sekadar atas usaha pemain di atas padang tetapi semua pihak perlu turut memberi penghargaan atas usaha keras yang sudah ditabur Annuar.

"Saya gembira sangat bila kami menang tetapi apabila melihat Tan Sri Annuar berada di kalangan penyokong dalam perlawanan malam tadi bukannya di tempat duduk khas saya sangat terharu.

"Tan Sri telah bekerja keras membina pasukan ini terutama dalam soal kewangan kerana tanpa beliau pasukan ini tidak akan berada di sini. Saya amat berharap agar beliau masih dapat memegang tampuk KAFA kerana khidmatnya masih diperlukan," ujarnya.

--- UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...