Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, May 22, 2012

Hodak tumpu Piala AFC, Rabu ini

SEBAIK menjulang trofi yang tidak pernah dimenangi, Piala FA, satu persoalan yang timbul adalah sejauh mana kemampuan Kelantan untuk menambah piala dalam koleksi mereka musim ini.

Melihat kepada potensi dimiliki, tidak mustahil skuad kendalian jurulatih Bojan Hodak itu merebut dua lagi kejuaraan di peringkat domestik - Liga Super dan Piala Malaysia.


Dalam masa sama skuad The Red Warriors itu juga masih bersaing di peringkat antarabangsa dalam kejohanan Piala AFC.

Namun jurulatih dari Croatia itu tidak mahu cepat dibuai dengan kejayaan menewaskan Sime Darby FC 1-0 di final Piala FA kelmarin kerana perlu mengatur satu persatu langkah terlebih dulu.


“Lebih baik kami memberi tumpuan kepada satu-satu perlawanan. Kami akan beraksi dalam Piala AFC menentang Terengganu, Rabu ini, ia perlawanan sukar.


“Selepas itu kami akan berdepan Johor FC dalam perlawanan liga, jadi saya perlu mengambil kira tahap kecergasan pemain dengan jadual padat ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media kelmarin.

Biarpun anak buahnya gagal mempamerkan perwatakan sebenar dalam aksi kemuncak final Piala FA, Bojan tetap gembira dengan kejayaan itu.


“Bukan mudah untuk bermain ketika pasukan lawan meletakkan sembilan pemain bertahan di depan gol. Saya tidak perasan sama ada penyerang mereka ada membuat percubaan ke arah pintu gol kami.

“Saya tetap gembira walaupun hanya menang 1-0 kerana piala ini cukup penting buat saya,” katanya yang menerajui Kelantan Mac lalu.


--- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...