Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, May 22, 2012

Annuar teruja bersama penyokong

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan, (Kafa), Tan Sri Annuar Musa gembira memperoleh pengalaman berharga apabila duduk di ruang penonton biasa bersama lebih 80,000 penyokong untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Selepas tidak dibenarkan terbabit dalam mana-mana program berkaitan bola sepak selama dua tahun enam bulan, Annuar tetap memberi sokongan kepada pasukan di bawah pentadbirannya dengan hadir sebagai penonton biasa bersama ahli keluarganya.


Annuar berkata, pengalaman menyaksikan perlawanan pasukan sendiri sebagai penonton biasa adalah detik manis baginya malah lebih mengujakan apabila berpeluang meraikan kemenangan bersama penyokong setia.

Katanya, beliau juga dapat merasai situasi sebenar yang dilalui penyokong setia The Red Warriors pada setiap perlawanan.


“Seronok juga menjadi penonton biasa malah saya berpeluang berkongsi detik bersejarah bersama puluhan ribu penyokong yang hadir di stadium dan ini pengalaman berharga bagi saya.


“Menjadi penonton biasa juga memberi pengajaran kepada saya untuk merasai situasi sebenar di kalangan penyokong malah ada perkara yang kita terlepas pandang sebelum ini dapat dilihat ketika kita bersama penyokong biasa,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, semalam.

Kepuasan terpancar pada wajah Annuar yang dianggap sebagai ‘Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan’ oleh penyokong apabila berjaya melengkapkan koleksi trofi yang pernah dimenangi sebelum ini iaitu, Piala Malaysia pada 2010 serta Piala Liga Super dan Sumbangsih pada 2011.


Kelantan yang mencipta sejarah baru apabila menewaskan Sime Darby 1-0, kelmarin, menamatkan penantian selama 22 tahun untuk merangkul Piala FA.

--- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena