Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 20, 2012

Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia Kecewa Dengan FAM


KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia (PBSWM) kecewa kerana terus dipinggirkan oleh badan induknya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden PBSWM Tunku Ellie Badariah Tunku Ahmad berkata Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Tan Sri Annuar Musa memulakan langkah bagi membangunkan semula skuad wanita namun tidak mendapat reaksi positif FAM.

"Pada 2009, Annuar telah memberikan senarai nama anggota Jawatankuasa PBSWM yang baru kepada FAM, tetapi sehingga hari ini, kami tidak menerima apa-apa maklum balas atau panggilan untuk mengadakan perjumpaan tentang persatuan bola sepak wanita kebangsaan," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Beliau berkata tanpa sokongan FAM, hasrat Annuar yang menetapkan tempoh empat tahun mulai akhir tahun lepas bagi membentuk kembali skuad bola sepak wanita kebangsaan berwibawa, tidak akan tercapai.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...