Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 8, 2012

Azamuddin yakin singkir T-Team

sukan@hmetro.com.my
Oleh Asrol Awang

PENYERANG Pahang, Azamuddin Mohd Akil percaya peluang untuk mara ke pusingan ketiga Piala FA tetap ada biarpun terpaksa bertemu T-Team yang beraksi dalam saingan Liga Super pada pusingan kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.

Azamuddin yang lebih dikenali sebagai Alex, berkata peluang skuadnya untuk menang memang terbuka dan semua pemain Pahang menganggap T-Team mempunyai kekuatan seimbang dengan Tok Gajah.


“Saya jangkakan peluang kami 50-50 biarpun T-Team beraksi dalam Liga Super manakala Pahang, Liga Perdana. Tapi, tiada yang mustahil untuk meletakkan kami di pusingan ketiga.

“Saya lihat beberapa keputusan perlawanan dan corak permainan T-Team tidak banyak berbeza berbanding dulu. Oleh itu, peluang untuk mencatat kemenangan tetap ada,” katanya di Kuantan, semalam.


Azamuddin yang sudah menjaringkan enam gol dalam saingan Liga Perdana setakat ini, berazam meneruskan sentuhan berbisanya bagi membantu Pahang melakar kegemilangan musim ini.


Menurutnya, bukan saja menerusi saingan Liga Perdana, malah Pahang juga mahu melangkah sejauh mungkin dalam Piala FA.

“Saya harap semua pemain dapat bermain dengan lebih baik dan bijak memanfaatkan peluang yang ada untuk mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya.


“Beraksi di tempat lawan tidak harus menjadi masalah kerana kami berada pada prestasi terbaik ketika ini selepas mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas MP Muar.

“Tapi, saya percaya jurulatih (Dollah Salleh) mempunyai strategi terbaik untuk menyekat jentera serangan T-Team nanti,” katanya.


--- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena