Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 5, 2012

Kelantan buru dua misi besar

KHAIRUL Fahmi bersama ayahnya, Che Mat Hussin dan ibu, Bidah Ibrahim memperaga replika kunci rumah sumbangan kerajaan negeri di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my
2012/01/05

Pertahan Piala Sultan Ahmad Shah, gah dalam saingan Piala AFC

KELANTAN turun dengan dua misi besar di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini – mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah dan mencari tonik semangat untuk terus cemerlang mengharungi musim ini termasuk dalam saingan Piala AFC.

Penjaga gawang utama The Red Warriors (TRW), Khairul Fahmi Che Mat, menegaskan Kelantan harus menang pada perlawanan itu dalam memastikan semangat kental pemain dapat dikekalkan, sekali gus menjuarai beberapa piala lagi.

Pemain yang lebih dikenali dengan panggilan Apek dan menyambut hari lahir ke-23 pada hari perlawanan menegaskan, tidak mustahil Kelantan mempertahankan trofi itu kerana semua pemain berada pada prestasi tinggi.

“Semangat rakan pemain kini berada pada tahap memberangsangkan selepas melalui beberapa siri perlawanan persahabatan, dalam dan luar negeri dan tiada yang mengalami kecederaan.

“Piala Sultan Ahmad Shah ini adalah perlawanan pemula musim kepada TRW, selain menjadi piala pertama yang menjadi rebutan dan kemenangan bererti Kelantan mempertahankan kejuaraan, sekali gus mampu menyuntik semangat kepada pemain.

“Kami menganggap trofi ini penting untuk memulakan kempen musim baru ini terutama apabila berdepan Singapura XII nanti,” katanya pada majlis penyampaian kunci rumah di Pengkalan Chepa, semalam.
Khairul Fahmi dihadiahkan sebuah banglo bernilai kira-kira RM200,000 oleh kerajaan negeri kerana kejayaannya mengharumkan nama negeri serta negara.
Penyerahan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Musim lalu, Kelantan yang turun dengan gelaran juara Piala Malaysia, menewaskan Selangor untuk menjulang trofi Sultan Ahmad Shah buat kali pertama.

--- Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...