Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 17, 2011

Kerajaan Negeri Tidak Baiki Lampu Limpah Untuk Piala AFC


17 Disember, 2011 18:51 PM

KUALA TERENGGANU, 17 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk tidak membaiki lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini yang akan menjadi gelanggang pertandingan Piala AFC tahun depan untuk mencapai tahap piawaian antarabangsa.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata lampu limpah di stadium itu baru sahaja dibaiki tahun lepas untuk mencapai standard kebangsaan iaitu 800 lux manakala tahap antarabangsa pula adalah 3,000 lux.

"Tahap antarabangsa pula ialah 3,000 lux dan ia akan memerlukan perbelanjaan yang besar kerana ia terpaksa memasang tiang baru dan kebel baru.

"Kita malu buat kerja macam ini (kerja pembaikan dua kali) ... nanti orang kata kerajaan bodoh," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Wisma Darul Iman di Stadium Tertutup Gong Badak dekat sini.

Terengganu telah melayakan diri ke kejohanan kelab-kelab Asia itu buat pertama kali setelah pasukan itu muncul juara Piala FA musim ini.

Dalam kejohanan berprestij itu nanti, Terengganu diundi dalam kumpulan F bersama-sama pasukan Kitchee dari Hong Kong, Song Lam Nghe An (Vietnam) dan Tempenis Rovers (Singapura).

-- BERNAMA

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...