Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, August 3, 2011

T-Team tidak gentar berdepan gergasi

JURULATIH T-Team, Yunus Aliff tidak gentar jika skuad kendaliannya diundi berada dalam satu kumpulan bersama pasukan berstatus gergasi seperti Sela- ngor, Kelantan pada kempen Piala Malaysia.

Yunus turut mengakui, anak-anak buahnya juga sudah bersedia andai turut diundi bersama 'abang' mereka, Terengganu.

Pengendali pasukan berstatus kelab itu percaya pasukannya tidak dapat mengelak daripada membuat perhitungan dengan ketiga-tiga pasukan tersebut jika mahu muncul sebagai juara Piala Malay- sia yang baharu nanti.

Justeru Yunus berharap agar skuadnya yang dibarisi pemain-pemain berpengalaman, mampu mencipta kejutan seterusnya menjulang Piala Malaysia tahun ini.

"Dengan berbekalkan pengalaman ketika menentang pasukan-pasukan itu ketika beraksi dalam kempen Liga Super, saya percaya setiap pemain T-Team sudah mengenal pasti setiap kekuatan dan kelemahan pasukan lawan.

"Barisan T-Team dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Indra Putra (Mahayuddin) dan dia dijangka mampu mengemudi pemain-pemain muda untuk menjulang kejayaan kali ini," ujarnya.

Menurut Yunus, pasukan bimbingannya yang kini dalam persiapan untuk menghadapi Piala Malaysia, menjalani latihan seperti biasa.

"Sesi latihan selam sejam setengah tetap dijalankan sepanjang bulan Rama- dan ini dan di bahagikan kepada dua sesi iaitu siang dan malam.

"Ini untuk memastikan tahap kecerga- san pemain berada dalam prestasi terbaik," katanya.

Bagi memperkuat cabaran T-Team, Yunus berjaya melamar penjaring terba- nyak Liga Premier dari pasukan MP Muar, Mohd. Fitri Omar.

Selain Fitri, T-Team turut 'mengimport' dua lagi pemain iaitu penjaga gol Pos Malaysia, Mohd. Jibrail Kamaron Baharin dan Mohd. Faiz Subri dari Perlis.

"Kita pinjam dua pemain penye- rang dan seorang penjaga gol bagi melengkapkan pasukan T-Team dalam menghadapi saingan liga berprestij itu," katanya.

Yunus berkata, tiga pemain skuad Piala Presiden T-Team turut disenaraikan untuk membantu pasukan berstatus kelab itu.

Pemain berkenaan ialah Kamarul Bahrin Abdullah (tengah), Al- Amin Jusoh (pertahanan) dan Khairo Anuar (penjaga gol).

--- KOSMO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...