Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, July 11, 2011

Tiket Perlawanan Malaysia/Arsenal Masih Ada

11 Julai, 2011 19:57 PM

SUBANG, 11 Julai (Bernama) -- Tiket bagi perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan Arsenal Rabu ini masih ada.

Ketua Pegawai Eksekutif penganjur perlawanan ProEvents International Sdn Bhd (ProEvents) Julian Kam berkata setakat ini, kira-kira 48,000 tiket sudahpun dijual.

"Walaupun jualan tiket agak lembap, namun ia menunjukkan peningkatan daripada 16,500 bulan lepas kepada 48,000 baru-baru ini.

"Saya yakin tiket akan habis dijual kerana rakyat Malaysia gemar membeli pada saat-saat terakhir," katanya kepada Bernama hari ini.

Meskipun venue perlawanan, Stadium Nasional di Bukit Jalil, mampu memuatkan 100,000 penonton, penganjur mengehadkan tiket kepada 85,000.

Tiket berharga RM58,RM68,RM108 dan RM388 boleh didapati di kedai sukan Nike yang terpilih serta Tiketpro.

Malaysia akan menentang Arsenal pada Rabu (13 Julai) bermula 8.45 malam.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...