Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, July 9, 2011

Tiga awang import

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menggunakan khidmat tiga pemain import berkualiti bagi mengelakkan The Red Warriors menjadi skuad belasahan dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.

Menurut presidennya, Tan Sri Annuar Musa pihaknya akan mengambil pemain yang terbukti berkemampuan tanpa terpengaruh dengan rakaman video yang diberikan ejen pemain terbabit.

“Sebagai langkah awal, kami akan menguji dua pemain Croatia apabila menentang kelab Indonesia, Pelita Jaya FC di Kota Bharu, malam ini. Selain itu kami juga bercadang menggunakan khidmat pemain dari Amerika Latin, Afrika ataupun Asia Tengah,” katanya semalam.

Beliau turut menegaskan penggunaan pemain import adalah satu kemestian kepada The Red Warriors tahun depan walaupun FAM belum membuat keputusan mengenainya bagi saingan liga tempatan.

“Penggunaan tiga pemain import selaras dengan peraturan AFC. Sekiranya FAM membenarkan dua pemain import saja, kami tetap akan menggunakan khidmat tiga tenaga asing untuk Piala AFC,” katanya.

Exco FAM dijangka bersidang Selasa depan bagi membincangkan perkara itu selain format liga bagi saingan musim depan.

Annuar turut mengesahkan khidmat ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu diteruskan bagi mempertahankan gelaran Piala Malaysia walaupun tempoh penggantungan Sathianathan bakal berakhir dalam masa terdekat.

Sementara itu, Pahang atau Sime Darby FC bakal mendapat peluang kedua untuk beraksi pada saingan Piala Malaysia bagi melengkapkan saingan 16 pasukan berikutan kekosongan yang ditinggalkan Harimau Muda A.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...