Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, July 13, 2011

Safiq mahu ikut Safee

SELAIN kepakarannya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma menjadi bualan peminat tempatan, Mohd Safiq Rahim turut mencuri tumpuan apabila dilaporkan mahu mengikut jejak langkah penyerang sensasi Mohd Safee Sali bermain di Liga Super Indonesia musim depan.

Namun pemain berusia 24 tahun itu menganggap hasratnya itu masih di peringkat awal dan komitmennya kini adalah bersama Selangor. Malah Safiq juga lebih berminat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas selaku kapten skuad kebangsaan yang akan berdepan Arsenal dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

“Masih lagi di peringkat perbincangan (dengan kelab Indonesia) dan buat masa ini saya masih pemain Selangor. Kontrak saya akan tamat hujung tahun ini.

“Saya juga mahu memberi tumpuan kepada pasukan kebangsaan kerana kami mempunyai tugas penting berdepan Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia dan perlawanan dengan Arsenal esok (hari ini) adalah persediaan terbaik untuk kami,” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Safiq menjadi tonggak skuad Harimau Malaya ketika melakar sejarah memenangi pingat emas Sukan Sea Laos 2009 dan Piala Suzuki AFF Disember lalu.

Biarpun beraksi sebagai pemain tengah, kehebatannya meledak gol cukup dikagumi termasuk menjaringkan gol dalam dua perlawanan menentang Taiwan untuk membolehkan Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bertemu Singapura 23 Julai ini.

Mengulas pertemuan dengan skuad The Gunners yang dikendalikan pengurus Arsene Wenger, Safiq berkata, skuad Harimau Malaya mampu memberikan tentangan sengit seperti yang dibuktikan ketika menentang Manchester United pada 2009.

----- Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...