Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, July 11, 2011

The Red Warriors arak piala


ANNUAR (tengah) memegang piala Liga Super ketika mengetuai perarakan di Kota Bharu semalam.


LEBIH 10,000 penyokong dan peminat setia The Red Warriors berhimpun di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV untuk meraikan kejayaan skuad bimbingan Datuk M. Karathu menjulang kejuaraan Liga Super di Kota Bharu semalam.

Meskipun barisan wira The Red Warriors dan piala tersebut tiba agak lewat di stadium iaitu pada pukul 11.30 malam, namun ia tidak menghalang peminat untuk terus menunggu kepulangan wira-wira mereka yang telah mengharumkan nama negeri Kelantan dalam kancah bola sepak negara.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, piala kemegahan bola sepak tempatan itu diarak dengan menaiki kereta pacuan empat roda bersama 25 buah kereta Perodua Myvi dan kereta berhias pelbagai jenis.

Menariknya, perarakan sejauh sembilan kilometer itu diserikan dengan persembahan 'Dikir Barat' bergerak dan mengambil masa selama satu jam untuk tiba ke dalam stadium.

Sebaik sahaja barisan pemain The Red Warriors dan piala tersebut tiba di dalam stadium, selu- ruh peminat Kelantan memberi- kan tepukan gemuruh kepada wira-wira sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan tersebut.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam ucapannya, melahirkan rasa gembira dan berterima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh penyokong setia The Red Warriors.

Menurut beliau, kejayaan itu adalah hasil sokongan padu rakyat kepada pasukan Kelantan sehingga meletakkan ia sebaris dengan jaguh-jaguh bola sepak negara.

"Pada malam ini juga saya akan menyampaikan berita gembira kepada seluruh peminat setia The Red Warriors.

"Antaranya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan Kelantan dipilih untuk menyertai kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Selain itu, untuk makluman semua, selaku juara Liga Super, Kelantan layak untuk mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih dan perlawanan tersebut akan diadakan di Kota Bharu," katanya.

----- Kosmo Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena