Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, July 6, 2011

Pertembungan tiga penjuru

BAIK Kelantan, Selangor atau Terengganu, masing-masing bakal menamatkan saingan liga di gelanggang luar sekali gus menentukan juara mutlak Liga Super musim ini.

Kelantan diletakkan sebagai 'calon pilihan' untuk menjuarai liga andai menewaskan Sabah di Likas dan membuatkan Gergasi Merah dan skuad Penyu menggigit jari biarpun mencatat kemenangan besar di Ipoh dan Cheras, malam ini.

Bagi Selangor, pemburuan hatrik menjadi sasaran mereka selepas memenanginya pada 2009 dan 2010 dan skuad Peteh berazam menambah koleksi kejuaraan piala musim ini untuk di bawa pulang ke Kuala Terengganu.

Walaupun begitu, hanya ada satu pasukan yang akan memegang tampuk sebagai kuasa bola sepak negara yang akan ditentukan selepas 90 minit perlawanan. Sama-sama kita nantikan.

----- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...