Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, July 7, 2011

Penyu berpesta jaringan di MBPJ



SKUAD Terengganu berpesta jaringan apabila membelasah Felda United 6-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Reeshafiq Alwi tidak membuang masa apabila menyumbat gol pertama pada minit ke 16. Selang dua minit kemudian gawang Felda United sekali lagi dibolosi menerusi penyerang berbisa, Abdul Hadi Yahya pada minit ke-22 dan 42.

Abdul Hadi kini menjaringkan 20 gol sekali gus merangkul anugerah Kasut Emas, musim ini.

Felda United bagaimanapun terus mengasak sebelum Md Hasmarul Fadzir Hassan menewaskan penjaga gol Terengganu Mohd Sharbinee Allawee Ramli pada minit ke-45.

Memasuki babak kedua, permainan bertambah rancak apabila skuad kendalian E Elavarasan terus mengasak menerusi serangan Mohd Syazwan Zainon, namun cubaan pertama sekadar singgah di dada Sharbinee.

Pengadil perlawanan bagaimanapun menafikan jaringan kelima Terengganu hasil tendangan Mohd Zubir Mohd Azmi selepas di dapati offside sebelum Abdul Hadi melakukan jaringan keempat peribadinya (minit ke-70 dan 82) meletakkan sang Penyu di hadapan dengan 6-1.

Saingan bertambah rancak apabila penyerang Felda Mohd Syazwan menambah jaringan kedua tuan rumah menewaskan Sharbinee namun agak terlewat menghalang Terengganu menang besar dengan jaringan 6-2.

-----Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...