Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, July 6, 2011

Penyu bakal turun barisan penyerang

SKUAD Penyu bakal menurunkan kesemua pemain kebangsaan termasuk penyerang berbisa Abdul Hadi Yahya dan Manaf Mamat bagi menghadapi Felda United di Stadium Bola Sepak Cheras, malam ini.

Ketua Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, harapan tinggi diletakkan kepada skuad itu memandangkan peluang Terengganu untuk menjuarai saingan Liga Super 2011 masih terbuka.

“Tidak mustahil kita mampu merebut gelaran juara Liga Super kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam setiap perlawanan. Jadi Kita akan memanfaatkan sepenuhnya peluang tanpa mengira apa keputusan yang diperoleh nanti.

“Harus diingat, Kelantan akan bertandang ke Sabah, yang mana ia bukan senang untuk mengalahkan tuan rumah itu.

“Jika dilihat, hanya tiga pasukan yang berjaya mencipta kemenangan ketika bermain di Sabah pada musim ini, iaitu Terengganu, Selangor dan Johor FC,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam masa sama, Irfan turut menasihati anak buahnya supaya menjaga status mereka sebagai juara Piala FA yang dimenangi Jun lalu.

----- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...