Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, July 9, 2011

Peluang Khairul uji ketangkasan

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

AKSI menentang dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Liverpool menjadi persediaan ampuh kepada Harimau Malaya apabila turun menentang musuh tradisi, Singapura hujung bulan ini dalam misi mara ke peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia.

Penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat berkata, kehadiran dua kelab terbabit bakal menguji kemampuannya untuk beraksi di tahap lebih tinggi.

“Kemahiran dan fizikal berlainan yang dimiliki mereka bagus untuk saya sebagai persiapan menghadapi Singapura yang sememangnya mempunyai pemain import dari pelbagai negara,” katanya ketika ditemui semalam.

Penjaga gol Kelantan itu turut perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana belum pernah beraksi menentang The Lions.

“Saya pernah beraksi beberapa kali di Stadium Jalan Besar namun tidak pernah bertemu skuad kebangsaan negara itu, mungkin ketua jurulatih negara (Datuk K Rajagobal) mempunyai perancangan tersendiri bagi menghadapi lawan yang mempunyai fizikal berlainan,” katanya.

Harimau Malaya menentang skuad republik itu pada 23 Julai ini sebelum menanti kunjungan barisan Radojko Avramovic di Stadium Nasional Bukit Jalil, lima hari kemudian.

Dia tidak beraksi ketika menentang Taiwan pada pusingan pertama berikutan kecederaan bahu sekali gus memberi peluang kepada Mohd Sharbinee Allawee Ramli mengawal gawang negara yang menyaksikan Harimau Malaya layak berdasarkan peraturan gol di tempat lawan selepas terikat 4-4.

“Dia bermain dengan baik. Ini bagus untuk pasukan kerana wujud persaingan yang sihat antara kami,” katanya.

----- Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...