Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, July 11, 2011

Kijang uji pemain simpanan

KETUA Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu menyifatkan perlawanan persahabatan antara Kelantan dengan kelab bola sepak dari Indonesia, Pelita Jaya FC, malam kelmarin sebagai medan menguji pemain simpanan selain persiapan untuk menghadapi saingan Piala Malaysia September ini.

Karathu berkata, pada perlawanan yang berakhir seri 1-1 itu, kekuatan dan kemampuan pemain simpanan dapat diukur memandangkan jarang diturunkan dalam saingan Liga Super dan Piala FA sebelum ini.

“Kita dapat lihat kelemahan masih ada dan perlu dibaiki segera kerana masih mempunyai masa sebelum menghadapi saingan merebut Piala Malaysia September ini.

“Kita bagi peluang kepada pemain simpanan untuk beraksi dan saya belum dapat menilai sepenuhnya kemampuan mereka kerana kemampuan pemain tidak boleh dinilai dalam satu perlawanan saja,” katanya.

Pada perlawanan yang menyaksikan pemain pertahanan jemputan mewakili Kelantan dari Croatia, Jocip Bonasil diumum sebagai pemain terbaik perlawanan, Karathu menurunkan pemain simpanan seperti Wan Rohaimi Wan Ismail (pertahanan, gambar), Khairan Eroza Razali (tengah), Mohd Nizad Ayub (penyerang), Wan Zaman Mustapha (pertahanan), Norhadi Ubaidillah (penjaga gol), Khairan Ezuan Razali (tengah), Yusri Che Harun (tengah) dan Daniel Fadzley Abdullah (tengah).

Menurut Karathu, skuad bimbingannya kini akan fokus kepada saingan Piala Malaysia meskipun kehangatannya belum dirasai.

Katanya, jentera serangan Kelantan akan dimantapkan sementara masa masih ada dan mengharapkan anak buahnya yang beraksi bersama skuad kebangsaan dapat meningkatkan prestasi masing-masing.

“Walaupun kita menjuarai Liga Super musim ini, kita perlu bersiap awal bagi saingan Piala Malaysia,” katanya.

Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...