Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, July 9, 2011

Kerjasama erat rahsia kejayaan Kijang

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

KERJASAMA erat semua pihak termasuk barisan pemain, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan penyokong menjadi kunci kejayaan Kelantan menjuarai saingan Liga Super 2011 buat pertama kali dalam sejak bola sepak negeri itu.

Pandangan itu dinyatakan ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu ketika ditanya mengenai rahsia kejayaan The Red Warriors menjulang piala kedua musim ini selepas Piala Sultan Ahmad Shah pada awal musim selain muncul naib juara Piala FA. “Kami memiliki pemain yang mempunyai kemahiran individu dan semangat berpasukan tinggi selain sanggup bekerja keras sekali gus mempamerkan permainan konsisten sepanjang musim ini. “Kehadiran pemain sayap yang mempunyai larian pantas serta mampu menjaringkan gol termasuk ketajaman penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha menambahkan lagi kekuatan Kelantan,” katanya yang mengambil alih Kelantan secara mengejut beberapa hari sebelum Liga Super memulakan saingan.

Karathu turut mengaku cabaran memang getir untuk dirinya selepas kegagalan di final Piala FA terutamanya dalam membangkitkan semula semangat pemain untuk meneruskan saingan Liga Super serta mengembalikan semula kepercayaan peminat.

“Saya menasihatkan mereka untuk melupakan perkara yang sudah berlalu dan pemain berjaya mengharungi kekecewaan itu untuk meneruskan rentak kemenangan dan akhirnya menghadiahkan kejuaraan Liga Super untuk seluruh rakyat Kelantan.

“Kejayaan ini juga memberikan keyakinan kepada peminat The Red Warriors. Mereka memerlukan sesuatu untuk diraikan,” katanya.

Karathu berharap Kelantan akan terus konsisten kerana cabaran lebih hebat menanti mereka untuk mempertahankan Piala Malaysia yang bermula September ini.

“Kami perlu meningkatkan permainan kerana pasukan lain yang gagal dalam saingan liga seperti Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah akan bangkit memburu kejuaraan terakhir ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...