Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, July 9, 2011

Kelantan kempen awal, Norshahrul janji ledak


Norshahrul berjanji untuk memberikan komitmen 100 peratus menentang Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai ini.


KOTA KINABALU - Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu menyasarkan kempen mempertahankan Piala Malaysia musim ini selepas dinobatkan sebagai juara Liga Super, kelmarin.

Untuk itu, Karathu yang baru mengambil alih pengendalian skuad Red Warriors sejak enam bulan lalu menegaskan bahawa anak-anak buahnya perlu komited bagi menghadapi setiap perlawanan.

''Kejuaraan ini merupakan hadiah buat Kelantan. Kita tahu ramai penyokong datang dari Kota Bharu ke Sabah untuk menyaksi dan memberikan sokongan dalam perlawanan ini. Kita amat terharu dengan sokongan mereka. Kalau tidak ada penyokong tidak ada bola sepak.

''Bagi memastikan momentum kita terus konsisten, kita akan mulakan kempen untuk Piala Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan, kelmarin.

Begitupun, Karathu agak gusar kerana bakal kehilangan sebahagian pemainnya yang akan berlatih bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014 dan perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Liverpool minggu depan.

''Ini adalah antara masalah saya hadapi. Seramai 10 pemain dipilih untuk berlatih bersama Harimau Muda. Apa pun, saya harap mereka dapat latihan baik, namun dalam masa sama, moga-moga mereka tidak cedera," katanya.

Sementara itu, peledak Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha berkata, kegagalan meraih penjaring terbanyak Liga Super musim ini tidak langsung mematahkan semangatnya.

''Insya-Allah, tak dapat hari ini saya akan jadikannya pembakar semangat saya untuk cuba lagi tahun depan.

''Dengan kejayaan ini, saya berharap agar jurulatih (Datuk K. Rajagobal) dapat beri peluang saya bermain melawan Singapura. Saya janji main 100 peratus dan melebihi semasa menentang Taiwan tempoh hari," katanya.

----- Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...