Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, July 10, 2011

Insentif untuk pemain Kelantan


SKUAD The Red Warriors bakal menerima durian runtuh selepas menjulang trofi Liga Super buat pertama kali dalam sejarah kejohanan sejak format baru diperkenalkan pada 2004.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya sedia memberikan insentif kepada setiap pemain selepas mengadakan perbincangan bersama Jawatankuasa Kafa.

“Pihak Kafa akan memberikan insentif kepada setiap pemain Kijang atas kejayaan merangkul gelaran piala liga musim ini.

“Ia sebagai penghargaan buat pemain yang bertungkus-lumus menaikkan sukan bola sepak Kelantan sehingga berjaya merangkul gelaran juara liga,” katanya selepas majlis penyampaian trofi Liga Super di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Kelantan menerima ganjaran RM500,000 selaku juara liga, manakala Terengganu mendapat RM300,000 dan Selangor RM200,000.

Sementara itu, dalam majlis sama, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, penyusunan jadual liga untuk tahun hadapan akan dilakukan bagi mengelakkan berlakunya pertembungan dengan mana-mana perlawanan.

“Pada tahun ini, kita mengalami sedikit kelemahan dalam menyelaraskan jadual perlawanan, bagaimanapun kami akan berusaha untuk perbaikinya.

“Saya tidak boleh memutuskan sebarang keputusan memandangkan ianya masih dalam perbincangan dan ianya akan diumumkan selepas mesyuarat Exco FAM ke-3 pada 12 Julai nanti,” katanya.

----- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...