Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, July 14, 2011

Harimau Malaya patah taring


GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal ternyata bukan tandingan skuad Harimau Malaya apabila tumbang 4-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jali, malam tadi.

Pada pertemuan itu, anak didik Datuk K Rajagobal jelas gagal mengimbangi kekuatan keseluruhan pemain bertaraf bintang dari Utara London itu.

Apapun, pemain negara pastinya mendapat pengajaran berguna daripada perlawanan ini kerana misi paling penting adalah menghadapi pasukan Singapura dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, 23 Julai depan.

Pertemuan akan datang bakal dihadapi skuad negara selepas ini dengan menanti kunjungan juara EPL 18 kali, Liverpool, Sabtu ini.

----- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...