Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, July 9, 2011

Habuan RM1 juta

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

RAKAN RASMI...Tengku Abdullah bertukar dokumen dengan Zamzamzairani (kanan) pada Majlis  Perjanjian Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan.
RAKAN RASMI...Tengku Abdullah bertukar dokumen dengan Zamzamzairani (kanan) pada Majlis Perjanjian Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan.

HABUAN lumayan menanti skuad bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee apabila Telekom Malaysia Berhad (TM) sedia memberikan insentif RM1 juta jika berjaya memenangi pingat emas Sukan Sea Palembang, November ini.

Pada mulanya, insentif itu hanyalah di peringkat cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Tengku Abdullah Sultan Ahmad ketika ucapannya pada majlis menandatangani penajaan bersama TM sebagai Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan.

“TM bersetuju memberikan insentif RM1 juta jika pasukan kebangsaan memenangi mana-mana piala di kejohanan rantau ini tapi kalau kita menang Piala Dunia, takkan dapat RM1 juta saja,” katanya secara berseloroh.

“Cuma saya harap perjanjian mengenai insentif itu boleh diperbetulkan sedikit di mana ia bukan saja disalurkan kepada pasukan kebangsaan saja tapi turut diberikan kepada pasukan belia.

“Kalau untuk pasukan kebangsaan saja, kita cuma ada kejohanan Piala Suzuki AFF kerana Sukan Sea membabitkan pasukan bawah 23 tahun,” katanya.

Ternyata cadangan yang dikemukakan Tengku Abdullah itu disambut baik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa.

“Seperti yang dinyatakan oleh Tengku Abdullah tadi, tidak ada masalah untuk insentif itu diberikan kepada skuad Sukan Sea,” katanya.

Persetujuan itu pastinya memberikan motivasi tambahan buat skuad muda negara yang bakal turun beraksi mempertahankan pingat emas dimenangi di Laos 2009.

Sementara itu, TM menjadi Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan dengan nilai penajaan RM6 juta setahun dan akan meningkat 10 peratus setiap tahun sehingga Jun 2015.

Menerusi penajaan itu, TM mempunyai hak memaparkan logo pada jersi latihan skuad kebangsaan serta pelbagai barangan sukan, peralatan latihan dan pakaian rasmi yang berjumlah RM150,000.

Malah menerusi kerjasama dengan TM itu, FAM boleh menghantar dua pemain kebangsaan dan seorang jurulatih bagi mengikuti latihan bersama skuad gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United di United Kingdom atau Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

“Dengan adanya penajaan TM ini dapatlah menampung perbelanjaan FAM dalam melaksanakan program pembangunan bola sepak selain untuk menghantar skuad kebangsaan mengadakan latihan di luar negara,” kata Tengku Abdullah.

----- Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...