Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, July 11, 2011

Famirul teruja tersenarai skuad negara

Oleh Asrol Awang

PEMAIN tengah Pahang, Famirul Asyraf Sayuti mengaku teruja apabila disenaraikan antara 29 pelatih yang akan memperkuatkan barisan skuad negara menghadapi kelab bola sepak EPL, Chelsea pada 21 Julai ini.

Pada masa sama, lawan Harimau Malaya bukannya calang-calang pasukan kerana dibarisi pemain terbaik dunia dan semestinya peluang itu memberi pengalaman berharga untuk menjadi seorang pemain profesional berwibawa.

Justeru, pemain tengah Pahang itu yang kali pertama dipanggil menyertai skuad negara tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu biarpun sedar laluan getir bakal dihadapi.

“Saya akui cabaran kini ialah untuk bersaing dengan pemain yang lebih senior dan berpengalaman. Tapi, ia tidak bermakna peluang untuk menyarung jersi negara dan beraksi di peringkat lebih tinggi tertutup.

“Oleh itu, saya akan meyakinkan jurulatih bahawa panggilan beliau kepada saya bukan satu kesilapan,” kata pemain berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu.

Famirul yang pernah beraksi bersama Kuala Muda Naza pada 2009 sebelum berhijrah ke Pahang pada 2010 berkata, peluang itu tidak akan dipersiakan bagi mengembangkan lagi kerjayanya sebagai pemain bola sepak.

Sebagai pemain muda, kehadirannya bersama rakan sepelatih lain memberi pengalaman baru.

“Saya harap pengalaman pertama menjalani latihan dalam skuad negara meyakinkan saya untuk beraksi lebih baik lagi,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Famirul adalah satu-satunya pemain Pahang yang terpilih menjalani latihan bersama Harimau Malaya.

----- Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...