Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, July 7, 2011

FAM minta FAS sedia 3,000 tiket di Stadium Jalan Besar

Oleh Sukhairi Abd Ghani
sukhairi@bharian.com.my
2011/07/07

SEKURANG-KURANGNYA 3,000 tiket. Itu jumlah diminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menjelang perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Jalan Besar, 23 Julai ini.

Jumlah untuk diedarkan kepada penyokong Harimau Malaya itu dianggap memadai berbanding kapasiti stadium berkenaan yang hanya mampu memuatkan 6,000, tetapi terpulang kepada budi bicara FAS.

“FAS akan memberi ketetapan dalam tempoh dua, tiga hari lagi dan kita akan mengetahui keputusannya minggu ini juga,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad selepas menyaksikan MoU antara Penerbangan Malaysia (MAS) dengan ProEvent yang mana MAS menjadi syarikat penerbangan rasmi Jelajah Asia Chelsea 2011, semalam.
Begitupun, Azzudin menasihatkan penyokong negara supaya terus memberi sokongan kepada pasukan senior kebangsaan sekiranya tidak dapat bertandang ke negara jiran itu.

“Kita mungkin mendapat kekangan jumlah tiket di sana tetapi saya nasihatkan penyokong supaya bersabar dan menunggu 28 Julai ini apabila pasukan negara bertemu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil.”

----- Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...