Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, June 13, 2011

T'Team Ingatkan Juara Piala FA Agar Jangan Terlalu Yakin

13 Jun, 2011 16:08 PM

KUALA TERENGGANU, 13 Jun (Bernama) -- T'Team mengingatkan Terengganu yang baru merangkul Piala FA agar jangan terlalu yakin apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam Liga Super di sini Selasa malam.

Jurulatih T'Team, Yunus Alif berkata T'Team pernah mengalahkan pasukan yang hebat seperti Kelantan dan Selangor sebelum ini.

"Dalam bola sepak semua boleh berlaku dan tidak mustahil T'Team akan membuat kejutan malam esok," katanya kepada Bernama.

Yunus berkata walaupun dalam pusingan pertama T'Team tewas 0-1 kepada Terengganu, namun mereka menggap kekalahan itu sebagai satu suntikan semangat untuk perlawanan malam esok.

Beliau berkata T'Team tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan Terengganu untuk mengejar kejuaraan Piala Liga sepertimana dakwaan sesetengah pihak.

Yunus berkata beliau telah membuat persiapan rapi termasuk memperkemaskan semua posisi bagi mempastikan Terengganu menghadapi laluan sukar.

Katanya sungguhpun T'Team bakal kehilangan beberapa pemain sandaran seperti Norfarhan Mohamad, Shamsuri Mustapa, Sobri Sulong dan Badrul Hisani, tetapi ia tidak akan menjejaskan pasukan itu.

Beliau berkata T'Team masih mempunyai ramai pemain simpanan yang berkaliber untuk mengambil tempat pemain berkenaan.

Yunus berkata barisan pertahanan T'Team akan bertambah kebal dengan kembalinya Ezrain Shamsuddin dalam kesebelasan utama selepas pulih dari kecederaan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...