Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, June 14, 2011

Trio berbisa sandaran NS

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

KEMANTAPAN tiga serangkai - Hairuddin Omar, Shahurain Abu Samah dan Mohd Firdaus Azizul bakal menjadi taruhan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah ketika menentang Kedah dalam saingan Liga Super, malam ini.

Azraai mengaku rangkaian itu bakal menjadi senjata utama Negeri Sembilan untuk merobek gawang Kedah selepas menunjukkan keserasian ketika membenam T-Team, 4-0, minggu lalu.

Beliau yakin kemenangan ke atas T-Team itu mampu memberikan keyakinan setiap pemain untuk meneruskan kejayaan.

Menurutnya, walaupun bukan mudah berdepan skuad Wan Jamak Wan Hassan, beliau yakin keupayaan pemainnya memburu mata di gelanggang lawan.

“Saya harap pemain memberikan persembahan lebih cemerlang,” katanya.

----- Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...