Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, June 7, 2011

Tiket habis di Kelantan, laris di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 20,000 daripada 30,000 tiket yang diperuntukkan untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah dijual pada hari pertama jualan tiket perlawanan akhir Piala FA Terengganu menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Di Kota Bharu pula, 15,000 tiket untuk penyokong Red warriors habis dibeli tidak sampai tiga jam sebaik sahaja kaunter jualan dibuka semalam.

Dilaporkan, Naib Yang Dipertuanya PBSNT, Sheikh Tajudin Sheikh Yusoff berkata, daripada 30,00 tiket itu, 25,000 daripadanya telah ditempah sebelum ini, manakala 5,000 untuk jualan terbuka.

Sementara itu, tinjauan mendapati jualan tiket di pejabat PBSNT di Bangunan Seri Amar sebelah pagi agak perlahan dengan beberapa orang penyokong sahaja yang kelihatan dipercayai bagi mengambil tiket yang ditempah dalam kuantiti yang banyak.

Namun menjelang tengah hari hingga petang tadi bilangan penyokong pasukan hitam putih itu mulai meningkat dan mereka terpaksa beratur panjang sehingga di luar bangunan tersebut untuk menunggu giliran membeli tiket.

Menurut Setiausaha Agung PBSNT, Abdullah Salleh jualan hari pertama tiket semalam agak memberangsangkan walaupun agak perlahan pada sebelah pagi tadi.

"Pihak PBSNT juga sudah menyediakan 20,000 tiket perlawanan dan sebanyak 10,000 lagi sebagai tambahan jika tidak mencukupi," katanya.

Katanya, orang ramai dan penyokong pasukan bola sepak Terengganu boleh mendapatkan tiket-tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir itu dengan harga RM50 untuk tempat berbumbung dan RM30 untuk tempat tidak berbumbung di pejabat PBSNT dari 8 pagi hingga 5 petang bermula hari ini sehingga 8 Jun ini.

Pasukan Terengganu berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas berjaya menundukkan Pahang 3-2 pada perlawanan separuh akhir di Darul Makmur 13 Mei lalu.

----- Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...