Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, June 11, 2011

Teruja biar berpada: Polis


KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menasihatkan semua peminat bola sepak yang berkonvoi untuk menonton perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini supaya mematuhi peraturan jalan raya dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Alias Hashim berkata, peminat bola sepak negeri ini yang berkonvoi diminta mematuhi had laju dan berhati-hati susulan pertambahan kenderaan pada penghujung musim cuti sekolah.

Menurutnya, walaupun ‘teruja’ untuk berkonvoi, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan memandangkan puluhan ribu rakyat negeri ini mula menuju ke Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, bagi menyaksikan perlawanan akhir antara dua seteru Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan.

“Nasihat saya, berhenti jika mengantuk dan menggunakan pemandu kedua jika keadaan memerlukan serta pastikan jarak kenderaan dalam keadaan selamat kerana kita tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Pada masa sama, jaga tingkah laku dan jangan melakukan sebarang provokasi atau perbuatan yang kurang menyenangkan jika bertembung penyokong pihak lawan. Perkara sebegini penting kerana sebarang kealpaan boleh menyebabkan perkara kecil bertukar menjadi besar dan tidak terkawal,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak membuat sebarang operasi khas, tetapi pihaknya membuat pemantauan seperti biasa termasuk sekatan jalan raya di lokasi tertentu bagi memastikan pemandu sentiasa berwaspada.

Selain itu, pihaknya turut bekerjasama dengan kelab motosikal untuk membuat ‘flag off’ dari Kuala Terengganu ke Marang sebagai tanda sokongan dan langkah keselamatan.

----- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...