Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, June 11, 2011

Sneijder nafi mahu tinggalkan Inter

2011/06/11

ROME: Perancang skuad bola sepak Belanda, Wesley Sneijder menolak spekulasi yang mengaitkan perpindahannya ke Chelsea dan Manchester United, sebaliknya mempertahankan statusnya adalah bersama Inter Milan.

“Ketika ini saya gembira di sini,” kata Sneijder yang menyambut harijadi ke-27, kelmarin.
“Saya tidak melihat kenapa saya harus berpindah ke kelab baru. Suasana kekeluargaan di Inter bagus dan segala-galanya ada depan mata andai kamu mahu berjaya pada tahap tertinggi bola sepak.
“Milan adalah bandaraya yang amat indah. Saya cintakan tempat ini.”

Sneijder adalah tonggak yang membantu Inter menjuarai Liga Juara-Juara Eropah pada 2010 - musim pertama baginya bersama kelab gergasi Itali itu.

Namun, musim ini dia kurang menyerlah tambahan dilanda kecederaan dan hanya beraksi dalam 25 perlawanan Serie A dengan menyumbat empat gol. - AFP

----- Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...