Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, June 11, 2011

Senarai skuad negara diumum


RAJAGOBAL (kanan) sudah menyenaraikan barisan pemain terbaik bagi menghadapi Taiwan penghujung bulan ini.


SENARAI 21 pemain terakhir bagi menggalas tugas Malaysia pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Beirut pada 19 Jun ini diumumkan semalam.

Enam pemain terpaksa dicicirkan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee iaitu Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Shakir Md. Ali, A. Thamil Arasu, D. Saarvin- dran, S. Sivanesan dan Fandi Ahmad akibat kecederaan dan masa- lah prestasi.

Bagi menghadapi Lebanon, Kim Swee menyenaraikan tiga penjaga gol iaitu ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat, Zamir Selamat dan Izham Tarmizi Roslan.

Di barisan pertahanan, tujuh pemain menjadi sandaran mengekang asakan Lebanon iaitu Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Amer Saidin, Mahali Jasuli, Affizie Faizal Mamat, Nazirul Naim Che Ha- shim dan Zubir Azmi.

Empat pemain, Irfan Fazail, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat dan Shukur Jusoh bakal menjana jentera tengah sambil bahagian sayap digerakkan Fandi Othman, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Faizal Abu Bakar.

Tiga pemain lagi menggalas tugas selaku penyerang iaitu Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim dan Ferris Danial Mat Nasir.

Daripada 21 pemain itu, 19 akan berlepas ke Doha, Qatar hari ini untuk sesi latihan seminggu di sana sebelum terus ke Beirut.

Satu perlawanan persahabatan diatur iaitu bertemu skuad Olimpik Qatar pada Isnin ini setelah mereka tewas 0-1 kepada Kemboja pada aksi persahabatan di Phnom Penh, Selasa lalu.

Namun Khairul Fahmi (Kelantan) dan Zubir (Terengganu) hanya akan berlepas esok setelah ke- dua-dua pemain itu mewakili negeri masing-masing pada final Piala FA malam ini.

Sementara itu, senarai 28 pela- tih skuad senior kebangsaan yang dikeluarkan pula menyaksikan lima pemain yang dipanggil untuk aksi persahabatan menentang Hong Kong pada 3 Jun lalu digugurkan.

Mereka ialah Nasril Nourdin, Nasriq Baharom, Shahrom Kalam, Azidan Sarudin dan Ismail Faruqi Ashari.

Sebagai ganti, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menyenaraikan tiga nama baru iaitu Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur), Shakir Shaari dan Rizal Fahmi Rosid dari Kelantan.

Turut tersenarai bagi persiapan menghadapi aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun itu ialah enam pemain sku- ad Olimpik negara.

Mereka ialah Khairul Fahmi, Muslim, Fadhli, Mahali dan Guru- samy serta Ahmad Fakri yang tidak ke Beirut.

Baki 19 pemain lain yang dike- kalkan ialah Sharbinee Allawee Ramli, Syed Adney Syed Hussein, Helmi Remeli, Aidil Zafuan Radzak, Hisyamudin Shaari, Farisham Ismail, Asraruddin Putra Omar, Azmi Muslim.

Amirulhadi Zainal, S. Chanthuru, Safiq Rahim, Amar Rohidan, S. Kunanlan, Ashari Samsudin, Baddrol Bakhtiar, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Abdul Hadi Yahaya dan Shahrizal Saad.

Skuad senior kebangsaan bakal bertemu Myanmar pada aksi persahabatan antarabangsa di Kota Bharu, Sabtu depan.

----- Kosmo Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...