Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, June 7, 2011

Selangor pesta gol belasah Singa Utara

2011/06/07

PEMAIN Selangor meraikan gol keempat Asraruddin (bawah) dalam perlawanan Liga Super menentang Perlis di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Osman Adnan
PEMAIN Selangor meraikan gol keempat Asraruddin (bawah) dalam perlawanan Liga Super menentang Perlis di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Osman Adnan
EMPAT gol daripada pemain pertahanan kebangsaan, Asrarudin Putra Omar, membantu Selangor berpesta gol ketika membelasah pasukan tercorot Liga Super, Perlis 7-1 di Stadium Shah Alam malam tadi. Tiga gol lagi disumbangkan Rudie Ramli, Fitri Shazwan Raduwan dan Amirulhadi Zainal.

Ini adalah kemenangan terbesar Gergasi Merah tahun ini di laman sendiri selepas kali terakhir membelasah Johor 6-0 pada 26 Januari.
Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian K Devan meneruskan misi mempertahankan kejuaraan, walaupun pada hakikatnya beza dua mata dengan pendahulu, Kelantan tampak sukar dilunaskan ketika saingan hanya berbaki dua perlawanan.
Selangor kini hanya perlu meneruskan rentak kemenangan pada baki saingan musim ini menentang FELDA United di gelanggang sendiri pada 14 Jun sebelum mengakhiri kempen bertemu Perak di Ipoh pada 26 Jun tanpa khidmat beberapa tonggaknya yang menyertai skuad kebangsaan Piala Dunia.

Impian Selangor bagaimanapun hanya akan tercapai sekiranya Perak atau Sabah mampu mencuri mata dalam pertemuan dengan Kelantan pada dua perlawanan terakhir.
Selangor kini mengumpul 48 mata selepas 24 perlawanan, manakala Kelantan mempunyai kelebihan dua mata untuk terus menerajui takhta liga.

Terengganu pula tergelincir ke tangga ketiga, kekal dengan 47 mata.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...