Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, June 10, 2011

Penyu fokus aksi final

PENGEDALI Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, secara peribadi melupakan episod malang Isnin lalu dan kini anak buahnya bersedia sepenuhnya untuk beraksi di final Piala FA malam esok.

Walaupun kekalahan di laman sendiri itu sukar diterima, apatah lagi disebabkan kesilapan dilakukan pemain sendiri, namun beliau enggan memberi tekanan.

“Saya turut mengingatkan semua pemain agar belajar daripada kekalahan dan bermain bersungguh-sungguh malam esok.

“Selain itu, saya akan mengubah corak permainan, ditambah kesemua barisan pemain utama berada dalam keadaan baik.

“Tetapi perkara utama yang saya ingatkan pemain harus mengurangkan kesilapan” katanya.

Menurutnya, berdasarkan perkembangan positif ditunjukkan pasukan bimbingannya itu, beliau yakin Terengganu mampu merangkul Piala FA malam esok.

“Saya akui, Kelantan adalah pasukan baik, tetapi tidak bermakna kita tidak mampu menumbangkan mereka.

“Inilah peluang terbesar kita untuk membawa pulang Piala FA ke Terengganu,” katanya.

Sementara itu, kehadiran Ashaari Mohamad yang digantung satu perlawanan sebelum ini dan Mohd Zubir Azmi dijangka memperkemaskan jentera pasukan, sekali gus memberi semangat kepada rakan sepasukan.

Irfan Bakti yang mula menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih Terengganu sejak 2010 turut memburu kejuaraan peribadi kelimanya pada final Piala FA 2011 ini.

----- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...