Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, June 7, 2011

Penyokong Kelantan kecewa


SEBAHAGIAN daripada peminat terawal Red Warriors membeli tiket perlawanan akhir Piala FA yang mula dijual di kaunter Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Peminat Red warriors kecewa apabila 15,000 tiket perlawanan akhir Piala FA 2011 yang mula dijual semalam, habis dibeli tidak sampai tiga jam sebaik sahaja kaunter jualan dibuka.

Tinjauan Utusan Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV mendapati suasana di kaunter tiket lengang namun orang ramai mengeluh tiket telah habis dijual.

Ia menimbulkan reaksi kurang senang dikalangan penyokong setia skuad kijang itu.

Keadaan itu mungkin disebabkan penjaga kaunter tersebut tidak mengehadkan jumlah pembelian tiket di kaunter.

Seorang penyokong Mohd. Adnan Mat (gambar) ketika ditemui berkata, dia hanya sempat membeli 20 keping tiket sahaja untuk perlawanan tersebut.

"Saya datang untuk membuat penambahan tiket selepas hanya sempat membeli 20 keping sahaja. Sebaik sahaja sampai saya terus ke kaunter dan penjual memberitahu kesemua tiket sudah habis di jual.

"Saya hairan macam mana tiket yang banyak boleh habis dalam sekelip mata, sedangkan kaunter jualan agak lengang.

"Apa yang menghairankan ada "ulat tiket" yang menjualnya dengan harga RM35 sekeping berbanding harga asal RM30.

"Ulat ini tak usah ceritalah, hari ini sudah jual RM35, esok di Bukit Jalil mungkin boleh mencecah RM 100. Jadi yang datang ke sini semua kecewa bila tiket dah habis," katanya.

Tambahnya, sekiranya tiada tindakan dan usaha membanteras ulat tiket ini, dia percaya suatu hari nanti peminat akan memulaukan perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan.

Sementara itu, Penolong setiausaha II Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Wan Badri Wan Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini terkejut dengan perkembangan tersebut.

"Saya difahamkan 15,000 tiket telah dijual di Kota Bharu dan ia habis dalam tempoh tak sampai empat jam dan kita mengehadkan setiap seorang boleh membeli hanya empat keping tiket sahaja.

"Kafa tidak tahu menahu mengenai perkara ini (ulat), kita jual tiket secara terbuka ini untuk memudahkan peminat yang tidak mengikuti rombongan atau pun membeli secara pukal mendapatkan tiket," katanya.

----- Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...