Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, June 6, 2011

Penentuan juara liga


DEBARAN bagi penentuan kejuaraan Liga Super semakin menuju ke kemuncaknya dengan pertembungan dua pasu- kan teratas, Terengganu dan Kelantan malam ini.

Aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu juga diibaratkan sebagai perlawanan ‘prafinal’ Piala FA yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Namun bagi Terengganu, pertembungan malam ini begitu penting dalam misi membuka peluang mereka untuk muncul juara berganda musim ini.

Jurulatihnya, Irfan Bakti mengakui, hanya kemenangan ke atas Kelantan dapat merealisasikan impian skuad Penyu itu untuk muncul juara Liga Super buat kali pertama.

“Kalau kami mahu menjulang piala Liga Super, kami perlu memenangi perlawanan malam esok (malam ini).

“Selain itu, kemenangan juga akan memberi semangat tambahan kepada kami menjelang aksi final Piala FA,” kata Irfan kepada Kosmo! semalam.

Sebagai percaturan, Irfan me jelaskan, tumpuan perlawanan malam ini pastinya terarah kepada kelibat penyerang pasukannya, Abdul Hadi Yahya.

“Saya lebih suka melihat Terengganu sebagai satu pasukan tetapi tidak dinafikan sumbangan yang telah diberikan oleh Abdul Hadi.

“Dia adalah penjaring terbanyak liga setakat ini dan sudah pasti kehadirannya begitu diperlukan pasukan dalam usaha membolosi gawang Kelantan,” jelasnya.

Kelibat Abdul Hadi pada perlawanan ini merupakan penampilan sulung selepas kembali dari aksi antarabangsa.

Pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Jumaat lalu, Abdul Hadi yang pertama kali menyarung jersi Malaysia, berjaya menjaringkan gol tunggal untuk keputu- san seri 1-1.

“Kita harap dengan kehadiran Abdul Hadi dan beberapa lagi pemain kebangsaan lain, ia akan memberi kelebihan tambahan kepada kami,” ujar Irfan.

Sementara itu, bintang tengah Terengganu, Joseph Kalang Tie mengakui, pertemuan menentang Kelantan adalah pertembungan hidup mati.

“Ini adalah perlawanan penting bagi Terengganu dan sudah pasti pemain kedua-dua pasukan cukup tertekan.

“Bagaimanapun, kami akan beraksi di gelanggang sendiri dan harap sokongan peminat akan memberi keyakinan kepada kami untuk melakar kemenangan,” jelas pemain kela- hiran Sarawak itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...